Ditulis oleh: admin ~ pada: August 8th, 2010
Aktiviti gotong-royong bersama keluarga telah diadakan pada pagi Ahad, 8 ogos 2010, di kawasan rumah Hj Awang Salleh dan Pakcik Ahmad di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk membersihkan kawasan berhampiran pantai bagi memudahkan saudara mara dan keluarga datang pada Majlis Perjumpaan Keluarga yang telahpun dijadualkan pada Hari Raya Aidil Fitri yang ke-3 tahun ini.

Baca Seterusnya »
Kategori: Aktiviti | No Comments »
Ditulis oleh: admin ~ pada: January 29th, 2010
Memberi salam pembuka tirai suatu perkenalan. Salam menghancurkan rintangan untuk bermesra antara satu dengan yang lain. Langkah selanjutnya bagi seorang mukmin setelah bertegur sapa dengan salam ialah bertaaruf. Saudara sebangsa dan seagama, tidak bermakna jika tidak berkenalan antara satu sama lain.
Kepelbagaian budaya dan warna hidup, pasti meluaskan pandangan dan pengalaman. Banyak iktibar yang boleh didapati apabila kita berpeluang melihat manusia pelbagai bangsa, bertukar fikiran dan pengalaman dengan saudara kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan kabilah adalah untuk saling berkenalan. Sesungguhnya yang lebih mulia di kalangan kamu ialah orang yang lebih bertaqwa.” (Surah al-Hujurat: 13)
Baca Seterusnya »
Kategori: Persaudaraan | No Comments »
Ditulis oleh: admin ~ pada: December 26th, 2009
Susulan daripada perjumpaan pertama yang telah diadakan pada 6 Disember 2009 lepas, satu perjumpaan telah diadakan sekali lagi pada 26 Disember. Perjumpaan kali ini telah diadakan di rumah Tuan Haji Abdullah Abul yang juga bertempat di Kampung Pinggan-Pinggan. Pada perjumpaan kali ini lebih ramai ahli keluarga yang sempat hadir (Nama-nama ahli keluarga yang sempat hadir akan dikemaskini kemudian).

Baca Seterusnya »
Kategori: Uncategorized | No Comments »
Ditulis oleh: admin ~ pada: December 26th, 2009
Perjumpaan ahli keluarga pertama telah diadakan pada 6 Disember 2009, bertempat di rumah Encik Abdul Azis Hj Awang Salleh di Kampung Pinggan-Pinggan Pitas.
Ucapan pembukaan untuk perjumpaan ini dimulakan oleh Wakil Ketua Anak Negeri Daerah Pitas, Encik Abd Rashid Bin Hj Samat. Dalam perjumpaan tersebut, satu perlantikan jawatankuasa keluarga telah diadakan, di mana ahli yang hadir pada masa itu sebulat suara telah melantik Encik Abd Kahar Bin Yahya sebagai Pengerusi. Beberapa ahli jawatankuasa dan biro juga turut dilantik.
Baca Seterusnya »
Kategori: Muafakat | No Comments »
Ditulis oleh: admin ~ pada: December 25th, 2009
Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan
Terlebih dahulu saya mewakili semua admin blog dan juga wakil keluarga ingin melafazkan kesyukuran kerana berkat keizinan Allah SWT, penerbitan blog Keluarga Haji Hassim Bin Haji Jamal dapat direalisasikan. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga yang memberi cadangan, sokongan dan semangat untuk penerbitan blog ini.
Mukadimah
Kita semua tahu yang Haji Hassim Bin Haji Jamal telahpun lama kembali ke Rahmatullah (Al-Fatihah). Namun begitu waris atau keturunan Allahyarham masih lagi kekal hingga ke hari ini. Mungkin setiap hari, bulan atau tahun, waris Allahyarham akan bertambah menjadi keluarga, keluarga membesar dan membentuk saudara. Pertambahan ini akan berterusan selagi alam ini masih wujud.
Baca Seterusnya »
Kategori: Umum | No Comments »